Isnin, 29 April 2019 | 9:43am
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir bagi menghadapi perbicaraan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Mahkamah tolak permohonan Najib cabar tuduhan SRC International cacat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkan perbicaraan tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak diteruskan pagi ini.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Najib untuk mendapatkan perisytiharan bahawa tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapinya adalah cacat.

Tuduhan berkenaan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang didakwa diselewengkan Najib.

Sehubungan itu, perbicaraan kes SRC yang masuk hari ke-10 akan diteruskan pagi ini dengan memanggil dan menyambung mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-21, Pengurus AmBank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi.

Berita Harian X