Jumaat, 26 April 2019 | 10:57am
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama para penerima selepas menyampaikan watikah pelantikan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Mufti Negeri dan Anggota-Anggota Majlis Islam Sarawak di Kompleks Islam Sarawak hari ini. - Foto BERNAMA

Agong berkenan lawat Majlis Islam Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat melawat Majlis Islam Sarawak (MIS), di sini, hari ini.

Sultan Abdullah tiba di Kompleks MIS pada jam 9.05 pagi tadi dengan turut diiringi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Keberangkatan tiba Sultan Abdullah dimulakan dengan sesi taklimat oleh Yang Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha, diikuti watikah pelantikan Yang Dipertua MIS, Mufti Negeri dan anggota MIS.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan watikah perlantikan kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha di Kompleks Islam Sarawak hari ini. - Foto BERNAMA

Sultan Abdullah meluangkan masa hampir sejam di MIS dan seterusnya, baginda akan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Petra Jaya.

Ini adalah lawatan sulung Sultan Abdullah ke Sarawak selepas baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lalu.

Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi Pahang dan negeri tidak beraja, iaitu Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Berita Harian X