Jumaat, 22 March 2019 | 6:00pm

RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 7 sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 bagi tempoh 23 hingga 29 Mac naik tujuh sen seliter daripada RM2.54 kepada RM2.61 seliter.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula ‘Automatic Pricing Mechanism’ (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan masing-masing sepatutnya RM2.31 seliter dan RM2.38 seliter.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan dikekalkan masing-masing pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

“Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kementerian itu. - BERNAMA

Berita Harian X