Rabu, 6 Februari 2019 | 12:48am
AL-SULTAN Abdullah berkenan menziarahi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan. - Foto Twitter Farah Amira Mohamed Azmin
AL-SULTAN Abdullah berkenan menziarahi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan. - Foto Twitter Farah Amira Mohamed Azmin

Al-Sultan Abdullah ziarah Azmin di hospital

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan.

Anak Mohamed Azmin, Farah Amira menerusi Twitter berkongsi dua gambar yang memaparkan Sultan Abdullah melawat ayahnya di wad hospital.

“Saya dan keluarga menjunjung kasih atas keberangkatan Ke bawah DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan mencemar duli menziarahi Abah @AzminAli petang ini.

“Sesungguhnya, kepedulian dan kasih yang dizahirkan Tuanku adalah kekuatan diri Abah @AzminAli untuk kembali sihat dan berkhidmat demi rakyat dan negara,” kata Farah Amira menerusi kiriman di Twitter.

Bagaimanapun Farah Amira tidak mendedahkan di mana pusat perubatan dan rawatan yang diterima Azmin.

Semalam, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menziarahi Azmin yang turut ditemani isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin. – BERNAMA

Berita Harian X