Jumaat, 1 Februari 2019 | 4:18pm

Agong solat Jumaat di Masjid Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 1.12 tengah hari diiringi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Khutbah Jumaat bertajuk ‘Raja DiDaulat, Negara Dimartabat’ disampaikan oleh Imam Masjid Kampung Baru, Muhammad Asem Salleh Sani dan memimpin solat Jumaat, bersama kira-kira 7,000 jemaah.

Selesai solat Jumaat, Seri Paduka kemudian berkenan beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat meninggalkan masjid jam 2.20 petang.

Al-Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 24 Januari lalu menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016. - – BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beramah mesra dengan orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini. - Foto Luqman Hakim Zubir
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beramah mesra dengan orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini. - Foto Luqman Hakim Zubir
Berita Harian X