Selasa, 29 Januari 2019 | 12:08pm

Hadkan pengaruh ahli politik dalam PBT

KUALA LUMPUR: Pengaruh dan campur tangan ahli politik serta individu berpengaruh dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dikawal selia menjelang Disember 2020.

Langkah penting bagi mengehadkan campur tangan dan kawalan mereka terhadap prestasi dan pembuatan keputusan oleh PBT, akan dirangka Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 turut mempertanggungjawabkan kepada KPKT untuk menubuhkan suruhanjaya perkhidmatan PBT.

KPKT juga perlu memperkenalkan skim pusingan kerja untuk pegawai dan kakitangan PBT yang memegang jawatan untuk suatu tempoh masa.

Berita Harian X