Khamis, 3 Januari 2019 | 5:55pm
CONTOH perigi yang bakal dibuat kerana kawasan perdalaman kesukaran jalan masuk dan kemudahan untuk membawa peralatan perigi menjadi faktor utama perigi yang terbuka perlu dibuat.
CONTOH perigi yang bakal dibuat kerana kawasan perdalaman kesukaran jalan masuk dan kemudahan untuk membawa peralatan perigi menjadi faktor utama perigi yang terbuka perlu dibuat.
KEPERLUAN Telaga amat diperlukan oleh Masyarakat di Kemboja kerana paip tidak terdapat disini hanya bergantung kepada Telaga semata mata.
KEPERLUAN Telaga amat diperlukan oleh Masyarakat di Kemboja kerana paip tidak terdapat disini hanya bergantung kepada Telaga semata mata.

NGO Antarabangsa bina 2 telaga di Kampung Onoh, Kemboja

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa akan membina dua buah telaga di Kampung Onoh di Kemboja, bagi membolehkan penduduk kampung itu mendapat bekalan air bersih.

Ketuanya, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican, berkata ia bertujuan untuk membantu 30 keluarga Muslim dan 10 keluarga bukan Muslim yang tinggal dalam kedaifan di perkampungan terpencil itu yang terletak jauh di pedalaman berhampiran pergunungan Mondokiti di Kemboja.

Katanya, kebanyakan penduduk di sana bergantung kepada air sungai dan hujan untuk keperluan harian termasuk dijadikan minuman tanpa dimasak terlebih dulu.

“Atas sebab prihatin akan nasib penduduk, saya menderma dua buah perigi dengan kos sekitar AS$500 (kira-kira RM2,000),” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini bagi berkongsi pengalamannya ketika melakukan majlis pecah tanah pembinaan telaga itu.

CONTOH perigi yang bakal dibuat kerana kawasan perdalaman kesukaran jalan masuk dan kemudahan untuk membawa peralatan perigi menjadi faktor utama perigi yang terbuka perlu dibuat.
CONTOH perigi yang bakal dibuat kerana kawasan perdalaman kesukaran jalan masuk dan kemudahan untuk membawa peralatan perigi menjadi faktor utama perigi yang terbuka perlu dibuat.

Katanya harga biasa sebuah telaga atau perigi sekitar AS$350 (RM1,400) atau AS$400 (RM1,600) bergantung kepada tempat dan kawasan manakala pembinaan telaga di kawasan pergunungan lebih mahal sehingga AS$1,000 (RM4,000) sebuah telaga.

“Waktu saya datang ke Kemboja dulu, masalah utama penduduk adalah bagi mendapatkan air bersih. Ramai kanak-kanak menghadap penyakit kerana minum air yang tidak bersih. Air telaga dijual oleh pemilik dengan harga tertentu untuk satu baldi.

“Jadi, mereka yang miskin tidak mampu memiliki air bersih untuk diminum melainkan air sungai dan air hujan saja,” katanya.

Mustapha berkata sejak 1999, sebanyak 3,500 buah telaga dibina oleh pihaknya di daerah-daerah di Kemboja.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berharap telaga berkenaan digunakan sebaik mungkin dan keselamatan anak-anak juga dijaga bagi mengelakkan mereka terjatuh.

“…Gunakan perigi bagi memupuk perpaduan sesama kita, bermuafakat dan bekerjasama. Dengan adanya perigi ini, masyarakat kampung boleh bercucuk tanam sayur-sayuran bagi keperluan harian seperti cili, serai, sawi, kangkung dan lain-lain.

“Penduduk kampung boleh juga usaha tanam sayur-sayuran secara besar-besaran dan boleh dijual kepada pembeli di luar kampung ini bagi mendapatkan hasilnya,” katanya. - BERNAMA

Berita Harian X