Sabtu, 15 Disember 2018 | 8:55pm
Dr Mahathir menaiki kereta Geely Bo Rui ketika menziarahi jenazah Tan Sri Zainuddin Maidin, di Surau At Tarbiah, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Dr Mahathir menaiki kereta Geely Bo Rui ketika menziarahi jenazah Tan Sri Zainuddin Maidin, di Surau At Tarbiah, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Dr Mahathir naiki kereta Geely Bo Rui ziarah jenazah Zainuddin Maidin

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat menaiki kereta Geely Bo Rui, keluaran syarikat Geely dari China ketika menziarahi jenazah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, di Surau At Tarbiah, Taman Melawati, di Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau tiba kira-kira jam 9.15 pagi di situ memandu sendiri kereta pemanduan sebelah kiri berwarna biru, diiringi polis keselamatan bermotosikal.

Jenama berkenaan belum dipasarkan di negara ini, tetapi menurut laporan portal automatif baru-baru ini, model berkenaan mungkin menjadi pilihan untuk jenama Perdana keluaran Proton Holdings Bhd (PROTON) yang menjalin kerjasama dengan Zheijang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

Baru-baru ini, Perdana Menteri melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama PROTON sejak menjalin kerjasama dengan Geely, iaitu Proton X70, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Carian menunjukkan kereta Bo Rui menggunakan enjin hibrid-dua varian, plug-in hibrid (PHEV) dan mild hibrid (MHEV).

Dr Mahathir menaiki kereta Geely Bo Rui, keluaran syarikat Geely dari China ketika menziarahi jenazah Tan Sri Zainuddin Maidin.
Dr Mahathir menaiki kereta Geely Bo Rui, keluaran syarikat Geely dari China ketika menziarahi jenazah Tan Sri Zainuddin Maidin.

Ia boleh berkomunikasi dengan pemandu dan dilengkapi ciri keselamatan sehingga tujuh beg udara, Sistem Pemantau Tekanan Udara Tayar (TPMS), amaran pertukaran lorong jalan, brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran.

Model itu juga dilengkapi kawalan kelajuan, parkir automatik dan caj telefon pintar automatik. Harga di China bermula daripada CNY133,680 (RM82,777) sehingga CNY 232,800 (RM144,154).

Geely Bo Rui, keluaran syarikat Geely dari China.
Geely Bo Rui, keluaran syarikat Geely dari China.

Geely Bo Rui, keluaran syarikat Geely dari China.
Geely Bo Rui, keluaran syarikat Geely dari China.

Berita Harian X