Rabu, 12 September 2018 | 3:53pm

Mana ada terima ganjaran...

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah menafikan beliau menerima ganjaran susulan tindakan mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Sebaliknya, beliau mengakui ganjaran yang diterimanya adalah peluang bekerja dengan bekas timbalan perdana menteri itu yang juga Ketua Umum PKR.

“Saya tidak menerima apa-apa (ganjaran). Sebagai balasan hanya menerima untuk bekerja bersama Anwar,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PKR, hari ini.

Sidang media itu bagi mengumumkan keputusan Danyal Balagopal yang sanggup mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada PRK dalam usaha mengangkat Ketua Umum Pakatan Harapan itu sebagai perdana menteri kelapan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution turut menafikan bahawa ‘pengorbanan’ Danyal Balagopal bakal dibayar dengan pampasan tertentu sebagai ganjaran melepaskan kerusi Parlimen Port Dickson demi Anwar.

AHLI Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah. - Foto Aizuddin Saad
AHLI Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah. - Foto Aizuddin Saad
Berita Harian X