Jumaat, 31 Ogos 2018 | 8:46am
KEHADIRAN orang ramai sambil mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan 2018 yang bertemakan Sayangi Malaysiaku di Dataran Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

6,000 parkir awam sempena Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA: Sempena perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan, kira-kira 6,000 lot parkir awam disediakan di sekitar Putrajaya.

Tinjauan NSTP mendapati kawasan parkir awam di Presint 4 dan Presint 3 sudah dipenuhi kenderaan orang awam.

Dua kawasan parkir awam itu adalah kawasan parkir paling hampir dengan Dataran Putrajaya di Presint 3 yang menjadi kawasan tumpuan untuk menyaksikan perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan.

Selain itu, orang ramai juga boleh meletakkan kenderaan mereka dalam kawasan parkir awam yang disediakan di parkir Masjid Tuanku Mizan, Monumen Alaf Baru dan Dorsett Putrajaya.

Parkir awam turut disediakan di sekitar kawasan McDonalds dan Suruhanjaya Tenaga di Presint 2.

Orang ramai juga dinasihati supaya tidak meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan terutamanya di 11 laluan yang ditutup dan dilencongkan itu kerana boleh dikenakan tindakan tunda dan saman.

Berita Harian X