Selasa, 3 Julai 2018 | 10:40am

Ahmad Zahid sambung beri keterangan

PUTRAJAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 9.53 pagi ini bagi memberi keterangan berhubung berhubung isu penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk tiba dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.

Beliau yang berpakaian baju batik berwarna ungu kelihatan ceria apabila disapa wartawan dan jurugambar yang sudah menanti beliau sejak awal pagi tadi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikehendaki hadir oleh SPRM hari ini bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna dana yayasan lebih RM800,000 dipercayai bagi membayar kad kredit miliknya dan isterinya.

Semalam, Ahmad Zahid turut berada di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung keterangan dibuatnya ketika bertemu dengan wakil keluarga Raja Arab Saudi pada 2015.

Ia berhubung isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau diambil keterangan selama lapan jam oleh SPRM berhubung isu itu.

Ahmad Zahid pada sidang media semalam memaklumkan, siasatan berhubung isu berkenaan sudah selesai dan beliau berharap persepsi yang melanda rakyat mengenai isu berkenaan selama ini dapat dirungkai oleh SPRM.

AHMAD Zahid tiba di Ibu Pejabat SPRM tepat jam 9.55 pagi bagi memberi keterangan berhubung isu penyelewengan dana Yayasan Akalbudi. - Foto Abd Rahim Rahmat

Berita Harian X