Sabtu, 30 Jun 2018 | 2:48pm
PAUL Ritchie bersama Alfian Abu Talib, Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Ketua Bahagian Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi bergambar dengan 1000 peserta Jelajah BH Didik bersama Tesco di Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. - Foto Rosela Ismail

PAUL Ritchie (dua dari kiri) bersama Alfian Abu Talib (tengah), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri) dan Ketua Bahagian Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi (dua kanan) merasmikan Program Jelajah BH Didik bersama Tesco di Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Tesco taja Jelajah BH Didik

KUALA LUMPUR: Tesco Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan Berita Harian (BH) dalam penganjuran Jelajah BH Didik.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini membantu 30 sekolah tahun ini di bawah program Sekolah Angkat Tesco - Pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie, berkata, 1,000 pelajar Tahun Enam ditaja di bawah program ini meliputi empat lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.

"Tahun ini memperlihatkan kenaikan jumlah pelajar yang mengikuti bengkel pendidikan ini berbanding tahun lalu dengan penyaluran dana sebanyak RM300,000.

"Dengan kerjasama ini kami berharap ibu bapa akan lebih memahami kepentingan pendidikan ke atas anak-anak (selain menerimanya di sekolah) dengan cara mempersiapkan mereka dalam menghadapi peperiksaan," katanya pada sidang media di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hari ini.

PAUL Ritchie (lima dari kanan) bersama Alfian Abu Talib (tiga dari kanan), Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tujuh dari kanan) dan Ketua Bahagian Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi (enam dari kanan) beramah mesra dengan peserta Jelajah BH Didik bersama Tesco di Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. - Foto Rosela Ismail

Hadir sama, Ketua Pegawai Komersial The New Straits Times Press (M) Berhad, Alfian Abu Talib dan Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Beliau turut mengakui bakal meneruskan kerjasama ini pada masa hadapan dengan mengkaji semula sasaran pelajar.

Sementara itu, Alfian berkata adalah penting kepada pelajar untuk mengetahui teknik dan tip terbaik ketika menjawab peperiksaan dengan cara yang efektif.

"Bengkel pendidikan seperti ini banyak dijalankan di luar tetapi BH Didik pelopor kepada teknik menjawab peperiksaan yang lebih berkesan.

"Unjuran kejayaan pada tahun lalu menjadi penanda aras untuk kami teruskan kolaborasi ini dengan menerima lebih banyak permintaan daripada sekolah dan individu untuk menyertainya," katanya.

Layari www.bhpendidikan.com.my sekiranya berminat untuk mengikuti Klinik UPSR BH Didik.

Berita Harian X