Isnin, 28 Mei 2018 | 9:54pm
SULTAN Nazrin Shah bersalaman dengan jemaah masjid pada Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Sempena Memperingati Almarhum Sultan Azlan Shah dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sultan Azlan Shah. - Foto BERNAMA
SULTAN Nazrin Shah bersalaman dengan jemaah masjid pada Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Sempena Memperingati Almarhum Sultan Azlan Shah dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sultan Azlan Shah. - Foto BERNAMA

Sultan Perak hadir tahlil almarhum ayahandanya

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan Yassin dan tahlil sempena memperingati Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah dan majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi di sini, petang tadi.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Yang hadir mengiringi baginda, Pegawai Kewangan negeri yang memangku tugas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ghazali Jalal dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Bacaan Yassin dan tahlil yang diketuai Imam Besar masjid berkenaan, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan dimulakan sebaik sahaja keberangkatan Sultan Nazrin kira-kira jam 6.30 petang.

Ia kemudian diikuti dengan majlis berbuka puasa dan solat fardu Maghrib berjemaah.

Lebih 1,000 umat Islam di sekitar bandar raya Ipoh termasuk ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan hadir ke majlis berkenaan.

Berita Harian X