Isnin, 30 April 2018 | 10:06am
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani plak sebagai tanda perasmian Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, Batu Sapi, di Sandakan. Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. - Foto Edmund Samunting

Najib rasmi bangunan SK Kampung Bahagia, Sandakan

SANDAKAN: Datuk Seri Najib Razak tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia di sini, sebentar tadi, bagi merasmikan bangunan sekolah itu.

Perdana Menteri yang diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, disambut oleh calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya; dan calon DUN Karamunting, Lim Kai Ming.

Sekolah berkenaan yang mula beroperasi pada 2013, kini mempunyai 518 murid.

Sebelum ini, SK Kampung Bahagia menumpang di bangunan SK Gas sejak dibuka pada Januari 2000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai semasa hadir merasmikan SK Kampung Bahagia, Batu Sapi, di Sandakan. Hadir sama Ketua Menteri Sabh, Tan Sri Musa Aman. - Foto Edmund Samunting

Selepas ini, Perdana Menteri dijangka menghadiri perjumpaan bersama masyarakat Tionghua, sebelum berlepas ke Tawau bagi Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Tanjung Batu dan Merotai di Padang Majlis Bandaran Tawau.

Najib dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada jam 5.40 petang ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Sandakan. - Foto Edmund Samunting

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai semasa hadir merasmikan SK Kampung Bahagia, Batu Sapi, di Sandakan. Hadir sama Ketua Menteri Sabh, Tan Sri Musa Aman. - Foto Edmund Samunting
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai semasa hadir merasmikan SK Kampung Bahagia, Batu Sapi, di Sandakan. Hadir sama Ketua Menteri Sabh, Tan Sri Musa Aman. - Foto Edmund Samunting

Berita Harian X