Jumaat, 20 April 2018 | 12:36am
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (sembilan dari kanan) bersama dengan calon DUN dan Parlimen PAS Kedah yang akan bertanding pada PRU14 ini di majlis pengumuman calon-calon yang diadakan di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut. - Foto Amran Hamid

PAS Kedah ketengahkan 70 peratus muka baharu

ALOR SETAR: PAS Kedah menyenaraikan tokoh teknokrat seperti peguam, doktor, jurutera, ahli fizik, usahawan, bekas pegawai tinggi tentera, ahli farmasi, ahli korporat, pakar matematik, pensyarah, lagenda bola sepak Kedah dan guru sebagai calon untuk 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam misi merampas semula Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

PAS Kedah itu juga akan bertanding di 14 kerusi Parlimen, kecuali Parlimen Langkawi yang akan ditandingi oleh Parti Ikatan, rakannya dalam Gagasan Sejahtera.

Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurraz ketika mengumumkan senarai calon PAS Kedah untuk menghadapi PRU14, di Markas PAS Kedah, di sini, berkata parti ini menampilkan 70 peratus muka baharu terdiri 32 calon lelaki untuk DUN dan 14 calon lelaki untuk Parlimen, selain lima calon wanita membabitkan satu Parlimen dan empat DUN.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Radhi Mat Din yang diumumkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena, manakala ahli farmasi, Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, diumumkan calon Parlimen Kuala Kedah antara dua muka baru yang ditampilkan pada PRU14.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (empat dari kanan) melaungkan takbir bersama dengan calon DUN dan Parlimen PAS Kedah yang akan bertanding pada PRU14 ini di majlis pengumuman calon-calon yang diadakan di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut. - Foto Amran Hamid

Radhi dijangka bertembung dengan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena di atas tiket Parti Amanah Negara (PAN) dan calon dari Barisan Nasional (BN).

Penyandang DUN Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim; DUN Merbau Pulas Datuk Siti Aisyah Ghazali, dan DUN Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat dikekalkan bagi mempertahankan kerusi masing-masing.

Sementara itu, bekas ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman akan bertanding kerusi DUN Tokai bagi menggantikan

Datuk Taulan Rasul yang tidak dicalonkan semula atas faktor kesihatan. Taulan memenangi kerusi itu selama lima penggal.

Berita Harian X