Jumaat, 30 March 2018 | 4:34pm

Jurugambar NSTP menang pertandingan foto PAU

KUALA LUMPUR: Jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) memenangi empat anugerah, termasuk hadiah utama pada Pertandingan Foto Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Muhammad Sharafiq Abd Samad, 28, memenangi hadiah utama menerusi foto suasana dalam dewan perhimpunan Agung UMNO, melayakkannya membawa pulang wang tunai RM1,000 dan seunit pencetak jenama Canon.

Beliau turut memenangi RM300 dan pencetak untuk penyertaan gambar harian bertemakan "Cheers."

Dua lagi jurugambar NSTP, Noradibah Ahmad Izam, 30 dan Asyraf Hamzah, 29, masing-masing turut membawa pulang RM300 dan pencetak jenama Canon.

Jurugambar lain yang turut memenangi RM300 adalah Izzrafiq Alias (The Star) dan Muhammad Zulhilmi Daud dari Bernama.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Penolong Pengarah Bahagian Maklumat dan Pengimejan Pengguna Canon Marketing (M) Sdn Bhd, Jeffrey Kung.

Sementara itu, Ab Rauf berkata, lebih 300 penyertaan diterima menerusi pertandingan itu yang diadakan Disember lalu dan akan diteruskan pada masa hadapan.

JURUGAMBAR NSTP, (dari kiri) Muhammad Sharafiq Abd Samad, Noradibah Ahmad Izam dan Asyraf Hamzah bergambar bersama hadiah selepas memenangi Pertandingan Foto Perhimpunan Agung UMNO 2017. - Foto Asyraf Hamzah
Berita Harian X