Rabu, 7 March 2018 | 9:11pm

Pengurusan Kanan MPB lawat Balai Berita NSTP

KUALA LUMPUR: Pengurusan kanan dan Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Bhd (MPB) meluangkan masa melawat Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di sini, hari ini.

Lawatan diketuai Pengerusi MPB, Tan Sri Ismee Ismail bertujuan meninjau operasi integrasi editorial dan kandungan tiga akhbar Kumpulan NSTP - BH, New Straits Times (NST) dan Harian Metro serta produk digital terbitan NSTP yang dilaksanakan sejak 1 Februari lalu.

Selain meninjau pusat operasi editorial, mereka turut dibawa melawat Pusat Sumber NSTP dan Studio Jalan Riong Digital Photo NSTP.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan MPB, Datuk Kamal Khalid; Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Jalil Abdul Hamid; Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya dan Pengarang Eksekutif Kanan Integrasi, Saidon Idris; Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzaman; Pengarang Eksekutif NST, Muzli Md Zin dan Pengarang Eksekutif HM, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein.

Pengerusi Media Prima Bhd (MPB), Tan Sri Ismee Ismail (empat dari kanan) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid (lima dari kanan), Ahli Lembaga Pengarah NSTP, Tan Sri Lee Lam Thye (empat dari kiri) diberikan taklimat oleh Pengarang Berita Kanan NST Ahmad Najmuddin Najib ketika lawatan bersama Ahli Lembaga Pengarah Media Prima di Balai Berita NSTP. - Foto Sairien Nafis
Pengerusi Media Prima Bhd (MPB), Tan Sri Ismee Ismail (tiga dari kiri) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid (kiri), Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar (lima dari kiri), Ahli Lembaga Pengarah NSTP, Tan Sri Lee Lam Thye (dua dari kanan), Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya melihat wartawan bertugas di Studio Digital ketika lawatan bersama Ahli Lembaga Pengarah Media Prima di Balai Berita NSTP. - Foto Sairien Nafis
Pengarang Multimedia NSTP, Munir memberikan taklimat kepada Pengerusi Media Prima Bhd (MPB), Tan Sri Ismee Ismail (kanan). Turut mengiringi Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar (empat dari kanan) di Studio Digital ketika lawatan bersama Ahli Lembaga Pengarah Media Prima di Balai Berita NSTP. - Foto Sairien Nafis
Berita Harian X