Isnin, 26 Februari 2018 | 1:20pm
GURU Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin, Anasari Paulus Rinsa menunjukan e-paper SKOR pada telefon pintar selepas Majlis Pelancaran Skor BH di SMK Badin, Tuaran. - Foto Lano Lan
GURU Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin, Anasari Paulus Rinsa menunjukan e-paper SKOR pada telefon pintar selepas Majlis Pelancaran Skor BH di SMK Badin, Tuaran. - Foto Lano Lan
PELAJAR bersama guru melihat e-paper SKOR pada telefon pintar pada selepas Majlis Pelancaran Skor BH, di SMK Badin, Tuaran. - Foto Lano Lan
PELAJAR bersama guru melihat e-paper SKOR pada telefon pintar pada selepas Majlis Pelancaran Skor BH, di SMK Badin, Tuaran. - Foto Lano Lan
SETIAUSAHA Politik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Sabah, Kassim Razali (tiga dari kanan) menyerahkan raplika cek kepada Pengetua SMK Badin, Zamli Mantamin (empat dari kanan) pada Majlis Pelancaran Skor BH di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, di Tuaran. - Foto Lano Lan
SETIAUSAHA Politik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Sabah, Kassim Razali (tiga dari kanan) menyerahkan raplika cek kepada Pengetua SMK Badin, Zamli Mantamin (empat dari kanan) pada Majlis Pelancaran Skor BH di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, di Tuaran. - Foto Lano Lan

Kemudahan portal FullAmark di SMK Badin, Sri Nangka

TUARAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin dan SMK Sri Nangka, di sini, menerima langganan sisipan Skor BH dan bahan mengulangkaji dalam talian, FullAmark, sebagai persediaan pelajar menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.

Kedua-dua bahan pendidikan terbitan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) itu disumbangkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor.

Penyerahan kedua-dua bahan pendidikan itu disempurnakan Setiausaha Politik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Kassim Razali pada Majlis Pelancaran Skor BH di SMK Badin, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran, Muminin Norbin Shah; Pengetua SMK Badin, Zamli Mantamin; Pengetua SMK Sri Nangka, Rohani Abdullah; Ketua Biro NSTP Sabah, Wan Faizal Ismayatim serta Pengurus Jualan dan Edaran NSTP Sabah, Sarawak dan Brunei, Dominic Sylvester Olas.

Menerusi sumbangan itu, NSTP memberikan masing-masing 200 akaun untuk langganan selama setahun akhbar BH versi digital (e-paper) bagi kegunaan pelajar Tingkatan Lima SMK Badin dan Sri Nangka.

Selain itu, SMK Badin menerima 154 akaun untuk pelajarnya mengulangkaji pelajaran menggunakan kemudahan tuisyen secara dalam talian FullAmark selama tiga bulan, manakala 153 akaun kepada SMK Sri Nangka.

Rohani berkata, pendekatan itu yang menggunakan kemudahan internet sepenuhnya adalah kaedah pembelajaran menarik, sejajar dengan kecenderungan generasi muda masa kini terhadap aplikasi berasaskan internet.

"Pelajar sekarang adalah generasi internet, jadi kemudahan pendidikan secara dalam talian ini sangat bersesuaian dengan mereka.

"Jadi alasan lagi untuk mereka tidak mampu mencapai keputusan baik memandangkan kita ada kemudahan yang menarik seperti disediakan akhbar BH," katanya.

Beliau berterima kasih kepada Hajiji dan NSTP yang menyediakan kemudahan itu secara percuma bagi membolehkan pelajar yang kebanyakannya daripada keluarga kurang mampu menikmati kaedah pembelajaran terkini menggunakan internet.

Sementara itu, Zamli berkata, ini pertama kali Skor dan FullAmark digunakan di SMK Badin yang mana kemudahan itu boleh diakses pelajar sama ada menggunakan kemudahan internet di sekolah atau di rumah.

"Ia bermanfaat untuk persediaan menghadapi SPM. Kemudahan pembelajaran ini mesra pengguna dan mudah digunakan, selain guru dan ibu bapa boleh menyemak aktiviti pelajar untuk mengetahui perkembangan mereka," katanya.

Terdahulu, Kassim berkata, sumbangan itu adalah sejajar keprihatinan terhadap perkembangan pendidikan dengan hasrat untuk meningkatkan prestasi pelajar di daerah ini.

Pada majlis itu, Kassim turut mengumumkan sumbangan RM20,000 daripada Hajiji untuk memasang pendingin hawa bilik mesyuarat SMK Badin.

Berita Harian X