Jumaat, 9 Februari 2018 | 6:01pm
PENGGUNA kini boleh berkongsi tradisi popular perayaan itu dengan mendapatkan paket ang pow sampul peribadi tertera nama keluarga bertemakan Tahun Baharu Cina. - Foto Email

Sampul edisi khas dengan pembelian minuman Etika

KUALA LUMPUR: Sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal raikan tidak lama lagi, pasti meriah dengan keriangan yang dibawa Etika Sdn Bhd (Etika), jenama pengeluar dan pembuat minuman halal terkemuka di Malaysia.

Lebih meriah, pengguna kini boleh berkongsi tradisi popular perayaan itu dengan mendapatkan paket ang pow sampul peribadi tertera nama keluarga bertemakan Tahun Baharu Cina yang ditulis khas oleh ahli seni khat profesional.

Naib Presiden Pemasarannya, Santharuban T Sundaram, berkata promosi itu bagi menghidupkan suasana perayaan, selain memberi ganjaran kepada pengguna setia.

"Pengguna juga akan menerima satu botol MUG Sarsaparilla (PET 1.25L) dengan setiap pembelian satu karton 330 mililiter (ml) Pepsi serta produk lain yang ditawarkan sama ada 7UP, Revive Isotonic atau Kickapoo, yang boleh didapati secara eksklusif di 99 Speedmart," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pengguna hanya perlu membeli minuman Etika iaitu Pepsi, 7UP, Revive Isotonic, Kickapoo atau dua paket Tropicana Twister Twin di beberapa kedai terpilih termasuk AEON BIG (Wangsa Maju, Subang Jaya, Kepong and Puchong Utama), AEON Bukit Tinggi, Tesco (Mutiara Damansara and Kepong) dan Giant (Banting, Klang and Batu Caves) bermula jam 12 tengah hari hingga 8 malam esok dan Ahad ini.

Mereka juga boleh mendapatkan enam paket Tropicana Twister secara percuma dengan setiap pembelian dua karton 330 ml Pepsi, 7UP, Revive Isotonic atau Kickapoo,yang boleh didapati di beberapa kedai terpilih, sementara stok masih ada.

Pengguna juga boleh mendapatkan Tin Edisi Khas 330ml 7UP and Pepsi, yang direka khas sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Selain itu, turut disediakan kad gores dan menang 'dimsum' percuma apabila pengguna membeli mana-mana produk jenama Etika yang mengambil bahagian. Ia membolehkan orang ramai mendapatkan langganan percuma 'dimsum' bernilai sehingga RM180 dan akses tanpa had kepada program Asian yang ditawarkan dimsum berkenaan.

Bagi menikmati tawaran itu, pengguna hanya perlu membeli satu karton minuman Pepsi, Revive Isotonic, 7UP, Kickapoo 330 ml atau Tropicana Twister PET 1.5 liter di kedai terpilih.

Berita Harian X