Ahad, 21 Januari 2018 | 10:37am
PAPAN tanda utama di Terminal Bas Ekspres Kamunting yang rosak dibiarkan begitu sahaja. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
PAPAN tanda utama di Terminal Bas Ekspres Kamunting yang rosak dibiarkan begitu sahaja. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
KEADAAN Terminal Bas Pulau Sebang/Tampin usang dan tidak terurus. - Foto Rasul Azli Samad
KEADAAN Terminal Bas Pulau Sebang/Tampin usang dan tidak terurus. - Foto Rasul Azli Samad
SIMEN tangga yang pecah di Stesen Bas Terminal One, Seremban boleh mengundang bahaya kepada orang ramai. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan
SIMEN tangga yang pecah di Stesen Bas Terminal One, Seremban boleh mengundang bahaya kepada orang ramai. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan
KEMUDAHAN telefon awam yang rosak di Terminal Bas Pulau Sebang, Alor Gajah. - Foto Rasul Azli Samad
KEMUDAHAN telefon awam yang rosak di Terminal Bas Pulau Sebang, Alor Gajah. - Foto Rasul Azli Samad
KERUSI tempat yang rosak di Stesen Bas Terminal One, Seremban tidak dibaiki. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan
KERUSI tempat yang rosak di Stesen Bas Terminal One, Seremban tidak dibaiki. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan
BEBERAPA laluan mengalami mendapan tanah yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam, di Terminal Klang Sentral. - Foto Faiz Anuar
BEBERAPA laluan mengalami mendapan tanah yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam, di Terminal Klang Sentral. - Foto Faiz Anuar
BEBERAPA dinding dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Terminal Klang Sentral. - Foto Faiz Anuar
BEBERAPA dinding dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Terminal Klang Sentral. - Foto Faiz Anuar

Terminal bas teruk, tak diselenggara

KUALA LUMPUR: Teruk. Itu kesimpulan mudah selepas beberapa terminal bas di seluruh negara, yang ditinjau secara rambang didapati dalam keadaan terabai.

Malah, pengurusan yang lemah selain sikap tidak acuh pengguna menyebabkan sebahagian besar kemudahan di Terminal Bas Klang Sentral di Klang, Terminal Bas Kemunting di Taiping, Perak, Stesen Bas Terminal One di Seremban dan Terminal Bas Pulau Sebang/Tampin di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan dekat Alor Gajah,, tidak dapat digunakan.

Penumpang bas di bandar Jertih, Terengganu, pula merungut kerana terpaksa menunggu bas dalam keadaan tidak selesa apabila kemudahan yang ada hanya dua kanopi, berikutan tiada stesen bas disediakan.

Tambah menyedihkan, sudahlah hanya berbumbung kanopi, tempat duduk disediakan pula hanya dua bangku kecil untuk orang ramai duduk ketika menunggu bas.

Ketua Penerangan GAGASAN Besut, Ariffin Jusoh, berkata pihak berkuasa sepatutnya merancang sesuatu untuk menyediakan ruang menunggu yang lebih selesa untuk penumpang bas di daerah ini.

KEMUDAHAN ruangan bagi sewaan iklan di Terminal Bas Ekspres Kamunting yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
KEMUDAHAN ruangan bagi sewaan iklan di Terminal Bas Ekspres Kamunting yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Kemudahan tidak berfungsi

Di Klang, tinjauan di Terminal Bas Klang Sentral mendapati segala kemudahan moden di terminal yang beroperasi 10 tahun lalu kini tidak lagi berfungsi dengan baik dan menyusahkan pengguna.

Ketika awal pembukaannya, ia dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV), lif, eskalator, kawalan keselamatan 24 jam, tempat parkir kenderaan, ruang menunggu yang selesa, surau, medan selera, tandas serta bilik menukar lampin bayi.

Terminal itu juga sepatutnya dilengkapi alat pendingin hawa sepenuhnya, termasuk di ruangan menunggu, bahagian kaunter tiket serta ruang legar, selain skrin elektronik memaparkan maklumat mengenai jadual perjalanan.

Bagaimanapun, ia kini tiada lagi. Bukan sekadar dinding dirosakkan sehingga berlubang, malah diconteng dengan kata-kata tidak senonoh, selain sampah-sarap termasuk tin minuman keras dilihat dibuang di merata tempat.

Lif dan eskalator yang tidak berfungsi lebih lima tahun itu menyukarkan pengunjung yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta wanita mengandung membeli tiket berikutan semua kaunter tiket berada di tingkat dua terminal.

Peniaga di kaunter tiket, Alam Budiman Kamaruddin, 34, berkata kemudahan itu hanya dapat dinikmati pada tiga tahun pertama terminal dibuka kepada orang awam kerana selepas itu, ia rosak sampai sekarang walaupun sudah dua tiga kali dibaik pulih.

"Begitu juga dengan alat pendingin hawa di ruang legar tempat pengunjung membeli tiket ini yang kini sudah tidak berfungsi, menyebabkan kami (peniaga) berkongsi wang membeli kipas untuk kegunaan umum," katanya yang sudah tujuh tahun bekerja di situ.

Ketika ini, daripada 30 kaunter yang disediakan di terminal itu, hanya 11 kaunter tiket beroperasi.

Penjaga tandas di terminal itu yang dikenali sebagai Katrina, 48, pula berkata selama 10 tahun menjaga tandas di situ, beliau sudah lali dengan pelbagai kerenah pengunjung.

BEBERAPA laluan mengalami mendapan tanah yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam, di Terminal Klang Sentral. - Foto Faiz Anuar
BEBERAPA laluan mengalami mendapan tanah yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam, di Terminal Klang Sentral. - Foto Faiz Anuar

Sikap pengunjung sukar diubah

"Walaupun kebanyakan pengguna tandas ini sudah dewasa dan matang, sikap mereka agak sukar diubah. Mahu atau tidak, saya terpaksa menegur mereka secara baik agar menjaga kebersihan tandas," katanya.

Di Melaka, tinjauan di Terminal Bas Pulau Sebang/Tampin di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan dekat Alor Gajah, mendapati pendawaian elektrik dan bekalan air di terminal yang beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu itu sangat daif dan tidak diselenggara dengan baik.

Lebih menyedihkan, kemudahan awam seperti pondok telefon tiada gagang, tempat duduk di ruang menunggu dan tangga turut rosak teruk dipercayai akibat perbuatan vandalisme. Selain kotor, bau hancing di merata-rata tempat dan saluran paip bocor, terminal itu turut menjadi tumpuan gelandangan bermalam dan pelajar merokok di tingkat atas.

Peniaga kedai makan, Razali Abdul Jalil, 65, berkata terminal dua tingkat itu seperti tidak dipedulikan lagi berikutan struktur bangunan dilihat semakin hari semakin membimbangkan dari aspek keselamatan.

"Pendapatan kami semakin merosot apabila tidak ramai lagi penumpang ke terminal ini selain pelajar dan pemandu bas atau teksi," katanya yang mengusahakan perniagaan bersama isteri, Kamariah Hussin, 60, sejak terminal dibuka pada 1996.

Di Taiping, dua stesen bas di bandar ini dilihat berada dalam keadaan tidak menyenangkan selain mengganggu kelancaran operasi syarikat pengendalian bas dan menyakitkan pandangan mata.

Tinjauan BH di bahagian atas Terminal Bas Kamunting, mendapati premis sewaan tidak beroperasi dan menyebabkan keadaannya lengang dan agak suram.

Peniaga di kawasan itu, Ramli Hamsin, 55, berkata ramai peniaga di situ mengambil keputusan memindahkan perniagaan ke lokasi lain kerana kurang mendapat sambutan.

"Biasanya pengunjung yang naik ke atas hanya terdiri daripada pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan bas dan bilangan mereka, termasuk rakan atau keluarga yang bersama mereka tidaklah begitu ramai bagi menjadikan lokasi ini strategik berbanding premis yang terdapat di sekitar terminal ini," katanya.

PERSEKITARAN kotor di Terminal Bas Kamunting turut menjejaskan imej Taiping sebagai bandar pelancongan. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
PERSEKITARAN kotor di Terminal Bas Kamunting turut menjejaskan imej Taiping sebagai bandar pelancongan. - Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Risiko berlaku jenayah

Tinjauan turut mendapati kamera litar tertutup (CCTV) hanya dipasang atas inisiatif sebilangan syarikat pengendali bas di terminal berkenaan, menyebabkan bilangannya tidak mencukupi hingga meningkatkan risiko berlaku jenayah, termasuk kes kecurian bagasi.

Penyelia syarikat pengendali bas ekspres, Kamarudin Harun, 65, berkata CCTV hanya dipasang sekitar kawasan kaunter tiket oleh beberapa syarikat pengendali bas, menyebabkan terdapat banyak ruang lain yang terlepas dari pemantauan, termasuk di bahagian parkir motosikal.

Tinjauan di satu lagi stesen bas di sini mendapati sekurang-kurangnya enam bas lama yang rosak dibiarkan tersadai di dua kawasan berasingan hingga menyakitkan mata memandang.

Di Seremban, bilangan kerusi terhad, kerusi rosak dan kawasan tangga yang 'menggerunkan' adalah antara aduan mengenai keadaan di Stesen Bas Terminal One di sini.

Tinjauan BH mendapati, walaupun stesen bas utama itu digunakan ribuan orang setiap hari, bilangan kerusi menunggu tidak mencukupi dan lebih memburukkan keadaan, ada kerusi berkelompok rosak dan hilang, malah ada yang hanya tinggal rangka besi.

Pengunjung, Hafizan Roslan, 27, berkata dia tidak faham kenapa keadaan itu berlaku sedangkan secara keseluruhan stesen bas itu boleh dianggap dalam keadaan baik.

"Ramai pengguna terpaksa berdiri atau duduk di atas lantai sementara menunggu bas disebabkan kerusi tidak mencukupi. Beberapa rangka kerusi yang terbiar rosak juga boleh mengundang bahaya," katanya.

Berita Harian X