Khamis, 4 Januari 2018 | 9:32am
Mangsa banjir di Membakut terus meningkat kepada 345 orang dan di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di Dewan Serbaguna Membakut, semalam. - Foto ihsan PDRM
Mangsa banjir di Membakut terus meningkat kepada 345 orang dan di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di Dewan Serbaguna Membakut, semalam. - Foto ihsan PDRM

489 mangsa banjir di Membakut dipindah

BEAUFORT: Mumlah mangsa banjir di Membakut di sini, terus meningkat kepada 489 orang setakat jam 8 pagi ini berbanding 437 orang, malam tadi.

Bilangan keluarga meningkat kepada 173 berbanding 152 keluarga malam tadi, yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Membakut dan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick, Membakut.

Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) negeri, Kolonel Kamal Mokhtar, berkata seramai 127 mangsa daripada 45 keluarga dipindahkan ke Dewan Serbaguna Membakut, manakala 362 mangsa daripada 128 keluarga di Dewan SMK St Patrick.

"Sebanyak 26 kampung terjejas banjir di daerah itu juga meningkat berbanding 18 sebelum ini.

"Antaranya ialah Kampung Jambatan Baru, Kapas, Kayai, Limadang, Brunei , Lampijas, Dungau, Bambangan, Membakut Jaya, Taman Emas dan Bandau.

"Lapan jalan terputus akibat banjir iaitu antaranya Jalan Kampung Sinoko, Jalan Kampung Baitam, Jalan Kampung Lumantak, Jalan Kampung Bambangan dan Jalan Balai Polis Membakut," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Katanya, anggota APM turut membantu memindahkan mangsa banjir dan membantu di pusat pemindahan.

Berita Harian X