Rabu, 3 Januari 2018 | 9:39pm
MANGSA banjir di Membakut terus meningkat kepada 437 orang dan di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di Dewan Serbaguna Membakut. - Foto ihsan PDRM
MANGSA banjir di Membakut terus meningkat kepada 437 orang dan di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di Dewan Serbaguna Membakut. - Foto ihsan PDRM
ANGGOTA polis turut membantu dalam proses pemindahan mangsa banjir di Membakut, Beaufort. - Foto ihsan IPD Beaufort
ANGGOTA polis turut membantu dalam proses pemindahan mangsa banjir di Membakut, Beaufort. - Foto ihsan IPD Beaufort

Mangsa banjir di Membakut meningkat

BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir di Membakut terus meningkat kepada 437 orang setakat jam 9 malam ini, berbanding hanya 117 orang pagi tadi.

Semua mangsa daripada 152 keluarga itu ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara, iaitu Dewan Serbaguna Membakut dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick.

Pegawai Daerah Beaufort yang juga Pengerusi Bencana Alam Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman, berkata sebanyak 18 kampung terjejas banjir di daerah itu.

"Antaranya, Kampung Jambatan Baru, Kapas, Kayai, Limadang, Brunei , Lampijas, Dungau dan Bambangan," katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Proses pemindahan mangsa dilakukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba.

"Proses pendaftaran mangsa banjir setakat ini juga masih berjalan," katanya.

Berita Harian X