Isnin, 18 Disember 2017 | 6:24pm
MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili bersama kakitangan menyanyikan lagu Krismas pada majlis Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru KeTTHA di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili bersama timbalannya Datuk Seri SK Devamany (kiri) dan Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang (kanan) semasa memotong kek pada gimik perasmian majlis Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru KeTTHA di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Silibus teknologi hijau dalam KSSM

PUTRAJAYA: Silibus teknologi hijau akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menjelang 2020 bagi mewujudkan kesedaran penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi menyemak semula isi kandungan kurikulum berkaitan penggunaan teknologi hijau.

"Bidang teknologi hijau akan diperkenalkan dalam subjek sedia ada seperti fizik, kimia, biologi serta sains hayat dan kita jangka ia dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2020.

"Saya sedang berbincang dengan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, supaya pelan permulaan dapat dilaksanakan tahun depan untuk melatih guru terbabit," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baharu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) di sini, hari ini.

Ongkili berkata, pihaknya akan melatih lebih 1,700 tenaga pengajar yang terbabit dalam proses pembelajaran dan pengajaran teknologi hijau.

Sementara itu, katanya, kementerian akan menubuhkan kadet sukarelawan dalam kalangan anak muda sebagai juru promosi amalan hijau.

"Kita akan laksanakan pameran dan karnival untuk memupuk gaya hidup hijau dalam dalam kalangan orang muda di peringkat sekolah dan universiti.

"Pelaksanaan program ini penting ke arah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan tenaga hijau kepada masyarakat," katanya.

Berita Harian X