Sabtu, 18 November 2017 | 10:35am

40,000 sertai MUR 2017

SEPANG: Lebih 40,000 penuntut dari 60 universiti dan kolej seluruh negara menyertai larian Malaysians United Run (MUR) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, pagi ini.

Larian sejauh lima kilometer yang kali kedua dianjurkan Institut Onn Jaafar (IOJ), turut disertai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Penaung IOJ dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

MUR 2017 bertema 'Let's Light Up Our Children's Future', diiktiraf oleh Brand Laureate atas pencapaian Penyertaan Terbesar Belia Dalam Acara Larian.

Pada penganjuran pertama pada 2015, larian itu mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai Penyertaan Terbesar Pelajar Kolej dalam Larian Kempen Kesukarelaan.

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein beramah mesra dengan peserta larian Malaysians United Run (MUR) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang, pagi ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Sementara itu, Hishammuddin ketika berucap di acara berkenaan, berkata program berkenaan bertujuan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di negara ini.

"Saya teruja dan bangga melihat ramai anak Malaysia berada bersama kita hari ini. Kita di IOJ mahu membuktikan anak muda dari pelbagai kaum dan latar belakang boleh berkumpul di satu tempat dan membantu negara.

"Justeru, mari kita pastikan momentum ini berterusan bagi meletakkan Malaysia sebaris dengan negara lain. Mari kita buktikan dalam kepelbagaian kita ini ada kekuatan," katanya.

Hishammuddin berkata, IOJ akan menyumbang RM250,000 daripada dana yang dikumpul pada program itu kepada 50 kanak-kanak kurang bernasib baik yang terpilih, bagi menampung perbelanjaan pendidikan mereka selama setahun.

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melepaskan peserta larian Malaysians United Run (MUR) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang, pagi ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

LEBIH 40,000 penuntut dari 60 universiti dan kolej seluruh negara menyertai larian Malaysians United Run (MUR) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang, pagi ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Berita Harian X