Khamis, 16 November 2017 | 2:21pm
KETUA Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie (lima dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Pintar Foundation, Karimah Tan Abdullah (empat dari kiri) bersama murid murid Sekolah Kebangsaan Tropicana di Majlis Pelancaran Tesco Back To School Campaign 2017 di Tesco Mutiara Damansara. - Foto Eizairi Shamsudin

KETUA Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Pintar Foundation, Karimah Tan Abdullah (kiri) bersama murid murid Sekolah Kebangsaan Tropicana di Majlis Pelancaran Tesco Back To School Campaign 2017 di Tesco Mutiara Damansara. - Foto Eizairi Shamsudin

Tesco edar 55,000 baucar kempen 'Kembali Ke Sekolah'

PETALING JAYA: Komited untuk menyediakan barang keperluan sekolah dengan penjimatan berbaloi, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) mengadakan kempen promosi 'Kembali Ke Sekolah' dengan menawarkan 55,000 baucar kepada 61 sekolah angkat di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesco, Paul Ritchie, berkata kempen itu adalah sebahagian daripada acara tahunan bagi pelajar bermula 16 November hingga 6 Disember ini.

"Promosi diadakan untuk berkongsi kemeriahan cuti sekolah dalam membeli barangan keperluan sebagai persediaan musim persekolahan 2018.

"Sebanyak 55,000 baucar diberi kepada 61 sekolah angkat yang dipilih menerusi inisiatif program Tesco-PINTAR.

"Menerusi kempen, kami menyediakan pelbagai promosi dengan tawaran dan diskaun menarik kepada pengunjung Tesco seperti pakaian seragam sekolah, beg serta pelbagai keperluan sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan kempen Kembali Ke Sekolah di Tesco Extra Mutiara Damansara, hari ini.

Ritchie berkata, pihaknya memahami penyediaan keperluan barangan persekolahan memerlukan kos tinggi, maka Tesco mencari ruang mengurangkan beban perbelanjaan.

"Kami akan mengadakan lebihan baucar diskaun bernilai RM1 juta kepada semua sekolah angkat Tesco bagi membantu mereka membeli barangan keperluan di pasar raya ini," katanya.

Katanya, pelbagai acara dianjurkan sempena pelancaran kempen seperti ceramah pemakanan, permainan, mewarna dan beberapa aktiviti lain.

Berita Harian X