DANANG, VIETNAM: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) membabitkan 11 negara, termasuk Malaysia bakal berdepan 'kegagalan' berikutan tindakan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau tidak hadir dalam mesyuarat ketua-ketua kerajaan TPP yang dijadualkan petang ini.
Mesyuarat berkenaan sepatutnya mengeluarkan deklarasi mengenai persetujuan umum untuk meneruskan TPP tanpa Amerika Syarikat.
Berikutan ketiadaan Trudeau, ia menyebabkan anggota lain terpaksa menunggu hampir sejam.
Pengerusi mesyuarat, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akhirnya mengumumkan perjanjian itu tidak dapat ditamatkan dan akan mengadakan mesyuarat lain pada masa akan datang.
Pengumuman itu memeranjatkan ketua kerajaan, menteri dan ketua perunding.