Selasa, 7 November 2017 | 8:41pm
TWEET dari Clarence House, kediaman rasmi Prince of Wales dan Duchess of Cornwall
TWEET dari Clarence House, kediaman rasmi Prince of Wales dan Duchess of Cornwall

Putera Charles, Camilla kongsi kesedihan mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Prince of Wales, Putera Charles, dan permaisurinya, Camilla, Duchess of Cornwall, hari ini berkongsi penderitaan penduduk Pulau Pinang yang terjejas akibat banjir besar.

"Doa dan ingatan kami sentiasa bersama mangsa yang terjejas akibat banjir," menurut tweet dari Clarence House, kediaman rasmi Prince of Wales dan Duchess of Cornwall, hari ini.

Banjir besar di negeri yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Prince of Wales Island itu tidak menghalang pasangan Diraja itu daripada meneruskan lawatan seperti dijadualkan.

Dalam tweet yang dipaparkan sebelum lawatan ke Pulau Pinang, Clarence House melaporkan pasangan Diraja itu tidak sabar melawat pulau berkenaan.

Berita Harian X