Sabtu, 28 Oktober 2017 | 11:23am
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berangkat di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Perak di Dewan Sanmarka Orang India, Pekan Hutan Melintang, Bagan Datuk. - Foto Abdullah Yusof

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (dua dari kanan) dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim (kanan) berangkat di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Perak di Dewan Sanmarka Orang India, Pekan Hutan Melintang, Bagan Datuk, hari ini. Turut sama Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa (tiga kanan); Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah (empat kanan); Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari ) dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua dari kiri). - Foto Abdullah Yusof

Sultan Nazrin berangkat ke Rumah Terbuka Deepavali

BAGAN DATUK: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Perak di Dewan Sanmarka Orang India Hutan Melintang di sini hari ini.

Ketibaan baginda berdua pada jam 10 pagi itu disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Abd Kadir.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah serta Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Yang hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, S Thangeswari, Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango serta barisan ahli EXCO Kerajaan Negeri.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan memukul gendang tradisi masyarakat India dikenali 'naduswaram' bagi menandakan dan merasmikan majlis berkenaan.

Seramai kira-kira 5,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama dari sekitar daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak hadir memeriahkan acara berkenaan.

Pelbagai jenis makanan dan kuih muih tradisi masyarakat India antaranya tosai, muruku, ladu, roti canai, capati, nasi beriani dan mi goreng mamak serta makanan tradisi pelbagai kaum lain turut disajikan pada majlis berkenaan.

Selain itu, pelbagai persembahan kebudayaan meliputi tarian dan nyanyian tradisi masyarakat pelbagai kaum turut dipersembahkan pada majlis itu.

Berita Harian X