KUALA LUMPUR: Majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepakat mengenakan tema pakaian berwarna biru sempena pembentangan Bajet 2018, hari ini.
Bagi Ahli Parlimen lelaki, mereka mengenakan pakaian seragam baju Melayu biru sementara bagi wanita, warna itu dikenakan pada tudung.
Pemilihan tema pakaian biru adalah bersempena warna rasmi BN, menurut seorang Ahli Parlimen BN yang sempat ditemui seketika sebelum memasuki Dewan Rakyat.
Ia melambangkan kesepakatan Ahli Parlimen BN dalam pembentangan bajet kali ini sekaligus menunjukkan sokongan kepada Najib.