Isnin, 23 Oktober 2017 | 8:50pm
ZAINAL Izmi ketika ditemui pada pengebumian Allahyarham Zainal Abidin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. - Foto Zunnur Al Shafiq
ZAINAL Izmi ketika ditemui pada pengebumian Allahyarham Zainal Abidin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. - Foto Zunnur Al Shafiq
ZAINAL Izmi menyiram air mawar di pusara Allahyarham Zainal Abidin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. - Foto Zunnur Al Shafiq
ZAINAL Izmi menyiram air mawar di pusara Allahyarham Zainal Abidin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. - Foto Zunnur Al Shafiq
ALLAHYARHAM Zainal Abidin (gambar kecil) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. - Foto Zunnur Al Shafiq
ALLAHYARHAM Zainal Abidin (gambar kecil) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. - Foto Zunnur Al Shafiq

Arwah berjuang tubuhkan universiti guna bahasa Melayu

PETALING JAYA: Disebabkan cintanya yang mendalam terhadap bahasa Melayu, Prof Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid semasa hayatnya amat bersungguh-sungguh melihat sebuah universiti menggunakan bahasa kebangsaan sebagai medium pengajaran serta pembelajaran.

Ia juga dijadikan motivasi kepada beliau dan rakan-rakannya untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian tinggi awam yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang kini dikenali Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anak sulungnya, Zainal Izmi, 53, berkata kesungguhan bapanya kerana ketika ketika itu tiada universiti tempatan menggunakan bahasa Melayu.

Malah, ketika itu meskipun terdapat Universiti Malaya yang namanya Malaya, ia masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

 PROF Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid meninggal dunia pada jam 10 pagi tadi.
PROF Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid meninggal dunia pada jam 10 pagi tadi.

"Jadi, atas rasa cintanya kepada bahasa Melayu, arwah bapa saya bersama-sama rakan-rakannya berjuang bersungguh-sungguh untuk menubuhkan UKM," katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian jenazah bapanya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini, petang tadi.

Zainal Izmi berkata, bapanya seorang yang tegas, lurus dan penyayang.

"Tidak pernah sekali pun dia angkat tangannya terhadap kami. Pesan arwah yang saya akan ingat sampai bila-bila adalah sentiasa berani kerana benar, takut kerana salah.

"Arwah bapa saya pernah menghidap sakit tibi pada tahun 2010, selepas itu kesihatannya semakin merosot. Dia akhirnya meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru," katanya.

Zainal Abidin, 84, bekas ahli Jawatankuasa Penubuhan UKM meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 14, di sini, jam 10 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Badariah Abdul Hamid, 81, dan dua orang anak, Zainal Izmi dan Zainal Izlan, 50, serta lima cucu.

Zainal Abidin dilahirkan pada 14 Mei 1933 di Teluk Intan, Perak. Pendidikannya bermula di Sekolah Melayu Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dan Sekolah Anglo - Chinese Teluk Anson dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Setelah memperoleh ijazah sarjana dalam bidang sejarah dari University of Queensland, Australia, beliau bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum berkhidmat di Kementerian Luar Negeri.

Beliau menjadi pensyarah sejarah di Universiti Malaya pada tahun 1962. Apabila UKM ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Profesor dan Ketua Jabatan Sejarah pada tahun 1970 hingga 1991.

Berita Harian X