Selasa, 15 Ogos 2017 | 10:48am

Amaran ribut petir, hujan lebat

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang melanda Johor dan Rompin, Pahang (Daerah Rompin).

Menurut laman web MET Malaysia keadaan itu dijangka berterusan sehingga lewat pagi hari ini.

MET Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Sarawak dan Sabah membabitkan Pantai Barat, Sandakan dan Tawau yang dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Keadaan boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Berita Harian X