Ahad, 9 Julai 2017 | 3:03pm

Pak Lah, isteri raikan asnaf

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersalam bersama tetamu yang hadir dimajlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi di Ruang Legar Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Kira-kira 1,000 tetamu termasuk 60 anak yatim dan golongan asnaf diraikan pada majlis sambutan Aidilfitri Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini, hari ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah.

Majlis dari jam 11 pagi sehingga 5 petang di Menara Prisma di sini itu, menerima kehadiran pengunjung pelbagai kaum dan lapisan umur.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berbual bersama tetamu yang hadir dimajlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi di Ruang Legar Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Pada majlis itu, Abdullah turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 60 penghuni Baitul Sakinah Al Hidayah dan Baitul Sakinah Wal Mahabbah, Kota Warisan, Sepang.

Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi diwujudkan September tahun lalu.

Antara lain, ia menjalankan penyelidikan berkaitan legasi kepemimpinan Abdullah dan pusat rujukan awam ketika beliau menjadi Perdana Menteri kelima.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isteri, Tun Jeanne Abdullah menyampaikan sumbangan hari raya kepada kanak-kanak dari Baitul Sakinah Al Hidayah, Kota Warisan dimajlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi di Ruang Legar Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Berita Harian X