Khamis, 4 Mei 2017 | 10:14am
DATUK Abdul Muis Picho (empat dari kanan) melepaskan konvoi larian bendera sempena ulang tahun UMNO Ke-71 peringkat UMNO Sabah di Merotai, Kalabakan, pagi ini. - Foto Abdul Rahemang Taiming
DATUK Abdul Muis Picho (empat dari kanan) melepaskan konvoi larian bendera sempena ulang tahun UMNO Ke-71 peringkat UMNO Sabah di Merotai, Kalabakan, pagi ini. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Larian Bendera UMNO Sabah konvoi 500 km

DATUK Abdul Muis Picho menerima bendera UMNO daripada Ketua Pemuda UMNO Ranau, Faez Nordin di Merotai, Kalabakan, pagi tadi. - Foto Abdul Rahemang Taiming
DATUK Abdul Muis Picho menerima bendera UMNO daripada Ketua Pemuda UMNO Ranau, Faez Nordin di Merotai, Kalabakan, pagi tadi. - Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Larian Bendera sempena ulang tahun UMNO Ke-71 peringkat UMNO Sabah bersambung hari ini dengan peserta bakal menempuh perjalanan kira-kira 500 kilometer (km) dari Kalabakan ke Sipitang.

Hari ini, konvoi larian disertai kira-kira 1,500 ahli UMNO bermula di Merotai di sini, akan bertolak ke Pensiangan, Keningau, Tenom sebelum berakhir di Sipitang.

Semalam, peserta larian diketuai Ketua Pemuda UMNO Ranau, Faez Nordin, menempuh perjalanan kira-kira 400 km melalui empat UMNO bahagian iaitu Kinabatangan, Silam, Semporna dan Tawau.

Pelepasan peserta larian pagi ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Muis Picho.

Faez berkata, selepas beberapa hari menempuh perjalanan jauh, semangat peserta berada pada tahap tinggi serta berkorbar-kobar meneruskan program.

"Semangat setiap ahli UMNO ini sangat membanggakan dan kami menerima sambutan luar biasa di setiap lokasi persinggahan," katanya.

Peserta menghabiskan larian kira-kira sejam di setiap bahagian sebelum berkonvoi dengan kenderaan menuju ke lokasi larian seterusnya.

Berita Harian X