Ahad, 30 April 2017 | 9:00am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Ribut petir dijangka berterusan

KUALA LUMPUR: Ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat dan Kuching, Sarawak dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

Bagi perkapalan, ribut petir di perairan Selat Melaka Selatan dan Kuching juga dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini yang boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj.

Keadaan laut bergelora itu dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, berbahaya kepada bot kecil.

Berita Harian X