Khamis, 27 April 2017 | 5:28pm

BR1J tidak benar - MB

JOHOR BAHRU: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai mesej palsu yang viral dalam laman sosial kononnya kerajaan negeri memberikan bantuan kewangan sebanyak RM750 kepada rakyat Johor menerusi Bantuan Rakyat 1Johor (BR1J).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dalam laman web Kerajaan Johor mahu pun apa-apa kenyataan dalam media massa berhubung BR1J.

"Perkara (BR1J) ini (maklumat) tidak betul. Rakyat juga perlu ada kekuatan dengan tidak mempercayai perkara atau maklumat seperti ini. Jika tiada dalam laman web saya atau pun surat khabar, ini bermakna maklumat seumpama itu tidak benar," katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program E-Learning anjuran Yayasan Pelajaran Johor di Dewan Sultan Iskandar, Maktab Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.

MOHAMED Khaled bertanya sesuatu dengan pelajar, Nur Hafizah Johari mengenai pembelajaran secara online selepas melancarkan Program E-Learning di Dewan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, hari ini. - Foto Zain Ahmed
MOHAMED Khaled bertanya sesuatu dengan pelajar, Nur Hafizah Johari mengenai pembelajaran secara online selepas melancarkan Program E-Learning di Dewan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, hari ini. - Foto Zain Ahmed

BR1J menjadi viral dalam laman media sosial sejak beberapa hari lalu mendakwa setiap rakyat Johor akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM750 menerusi bantuan berkenaan. 

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri berharap agar kejadian menimpa seorang pelajar tahfiz di Kota Tinggi yang meninggal petang semalam, dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

"Kejadian ini perlu dijadikan iktibar khususnya kepada pengendali pusat tahfiz seandainya mahu mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap pelajar.

"Saya percaya apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar kepada semua pihak, tidak perlulah kerajaan negeri hendak keluarkan apa-apa arahan," katanya.

Berita Harian X