Isnin, 10 April 2017 | 6:50pm

JAIM syor aktiviti keagamaan di Balai Polis Banda Hilir

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengesyorkan program bacaan Yassin diadakan di Balai Polis Banda Hilir, di sini, susulan kejadian pintu kaca yang terbuka sendiri di balai itu sehingga menjadi viral di media sosial.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani, berkata program berbentuk keagamaan itu adalah langkah terbaik bagi memohon perlindungan Allah SWT daripada sebarang gangguan.

"Hasil pemerhatian saya sendiri di balai polis hari ini tidak menafikan yang makhluk (jin) itu wujud. Jika disebabkan faktor angin (pintu bergerak), tiada pula barangan di atas meja yang turut bergerak.

"Ada hikmah kejadian yang berlaku dan saya syorkan pihak balai menganjurkan bacaan Yassin supaya tidak mengganggu perjalanan dan keamanan," katanya yang hadir di Balai Polis Banda Hilir sebentar tadi.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 73 saat di balai polis terbabit menjadi viral di media sosial sejak Jumaat lalu susulan kejadian dua pintu kaca dilaporkan terbuka sendiri, sebelum satu daripadanya pecah.

Difahamkan, berdasarkan rakaman pada jam 4.21 pagi Khamis lalu, tiga anggota polis sedang berada di meja aduan awam.

Ketika meminta pandangan peribadi berpandukan kepada rakaman CCTV di balai itu, Rahimin berkata kejadian berkenaan berbeza dengan peristiwa yang berlaku di Masjid Jamek Tedong, Serkam, yang disahkan berlaku atas faktor angin.

"Berdasarkan tinjauan, adalah mustahil ia disebabkan oleh faktor angin. Faktor angin di sini juga tidak sampai boleh membuka pintu, malah arah pergerakan pintu juga tidak selari," katanya.

Berita Harian X