Jumaat, 17 March 2017 | 3:46pm

3 kes baharu ILI di Perak

IPOH: Tiga lagi pelajar Kolej Vokasional Teknik, Teluk Intan disahkan mengalami gejala seperti Influenza (ILI) semalam.

Kes terbaharu itu menjadikan lapan kes dikesan di sekolah berkenaan yang juga kluster terbaharu dikesan gejala itu sejak kelmarin.

Dengan tiga kes terbaru itu, jumlah keseluruhan pelajar dijangkiti gejala itu di Perak setakat ini seramai 520 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata tiga pelajar Kolej Vokasional Teknik, Teluk Intan berkenaan diasingkan dalam bilik isolasi asrama kolej berkenaan untuk untuk menerima rawatan.

"Tiada pelajar yang mendapatkan rawatan di hospital.

"Berikutan cuti sekolah akan bermula pada hujung minggu ini, pelajar berkenaan disaran untuk berehat di rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berita Harian X