Khamis, 2 March 2017 | 6:20pm
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) beramah mesra dengan sebahagian pelajar pondok setelah melawat kawasan kebakaran di pondok Madrasah Al- Badariah di Kampung Jal Besar, Tumpat. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Pondok persendirian perlu dapat kelulusan bomba

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (dua kanan) menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Mudir, Saiful Baharin Che Ali (dua kiri) selepas melawat kawasan kebakaran di pondok Madrasah Al- Badariah di Kampung Jal Besar, Tumpat. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

TUMPAT: Semua Majlis Agama Islam Negeri perlu memastikan pondok pengajian agama persendirian mendapat kelulusan keselamatan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum didaftarkan untuk bantuan tahunan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata syarat itu adalah bagi memastikan keselamatan pondok dalam keadaan baik dan mengelakkan risiko daripada kebakaran.

Beliau berkata sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memperuntukkan sebanyak RM30 juta setahun untuk sekolah pondok dan tahfiz dan ia bertambah pada tahun lalu menjadikan RM50 juta.

"Tahun ini kita di peringkat kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Majlis Agama Islam negeri meletakkan syarat kepada penerima bantuan supaya mengadakan kerjasama dengan JBPM bagi memastikan keselamatan pondok berada dalam keadaan baik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (tiga kanan) diiringi Mudir, Saiful Baharin Che Ali (kiri) melawat kawasan kebakaran di pondok Madrasah Al- Badariah di Kampung Jal Besar, Tumpat. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

"Kebelakangan ini kerap berlaku tragedi kebakaran membabitkan pondok dan sebab itu kita harap pihak pengurusan pondok memberi perhatian kepada aspek keselamatan," katanya ketika ditemui di pondok Madrasah Al-Badriah, Kampung Jal Besar di sini, sebentar tadi.

Beliau mengadakan lawatan ke lokasi kebakaran dengan diiringi pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.

Pada Selasa lalu, pada jam 8.20 malam, 44 unit pondok Madrasah Al-Badriah hangus dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas dan menyebabkan lebih dari RM200,000.

Dalam lawatan itu, beliau mewakili JAKIM menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 dalam bentuk tunai sebagai usaha untuk meringankan warga pondok terbabit.

Berita Harian X