X
Ahad, 15 Januari 2017 | 12:39pm

Sesuaikan diri dengan perubahan dunia - Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersalaman dengan orang ramai setibanya di majlis penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR dan PT3 2016 Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah. - Foto Farizul Hafiz Awang
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersalaman dengan orang ramai setibanya di majlis penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR dan PT3 2016 Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah. - Foto Farizul Hafiz Awang

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, semua pihak perlu mengadaptasi perubahan dalam bidang pendidikan bagi melengkapkan generasi muda sekarang dengan ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran akan datang.    

Perdana Menteri berkata, ia termasuk mengenal pasti pekerjaan yang relevan ketika ini dan yang bakal diwujudkan mengikut perkembangan semasa.

"Hari ini ramai yang memperkatakan mengenai dunia digital dan apakah bidang pekerjaan yang diperlukan.     

"Jawatan seperti saintis data dan penganalisis maklumat perlu diperbanyakkan bagi menghadapi dimensi baru dalam perubahan dunia digital," katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian pada majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR dan PT3 2016 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ibrahim Awang Ismail; Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi.

Seramai 86 murid cemerlang UPSR dan 61 pelajar cemerlang PT3 dalam Parlimen Pekan menerima hadiah masing-masing.

Berita Harian X