Isnin, 9 Januari 2017 | 12:53am

Najib tersentuh hati dengar keluhan mangsa banjir

NAJIB Tun Razak bertanya khabar mangsa banjir, Rusdi Yakub, 49 yang mengidap strok dalam lawatan beliau di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan, Tumpat di sini. -Foto Syamsi Suhaimi
NAJIB Tun Razak bertanya khabar mangsa banjir, Rusdi Yakub, 49 yang mengidap strok dalam lawatan beliau di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan, Tumpat di sini. -Foto Syamsi Suhaimi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menzahirkan rasa syukur terhadap pengurusan berkaitan banjir di Kelantan dan Terengganu yang secara keseluruhannya berjalan lancar.

Beliau yang turun padang untuk meninjau keadaan dan mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu semalam turut mengakui tersentuh hati apabila berpeluang bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di kedua-dua negeri itu dan mendengar sendiri keluhan mereka.

"Alhamdulillah, pengurusan banjir secara keseluruhannya lancar dan kita akan pastikan pemulihan banjir juga begitu bagi manfaat semua," katanya dalam entri terkini di laman sosial Facebooknya.

"Insya-Allah, kita akan menyalurkan bantuan terbaik mengikut apa yang mereka perlukan".

Semalam, Najib meluangkan masa sehari suntuk mengadakan tinjauan di beberapa kawasan yang terjejas banjir dan mengunjungi pusat pemindahan untuk berjumpa dengan mangsa banjir di kedua-dua negeri di Pantai Timur itu. - BERNAMA

Berita Harian X