Jumaat, 2 Disember 2016 | 7:02pm
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (tengah) menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar Institut Pengajian Tinggi (MYINOVASI) 2016 di Putrajaya. - Foto Samadi Ahmad

Pelajar IPT digalak amal budaya kreatif, inovatif

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (tengah) bergambar bersama pemenang Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar Institut Pengajian Tinggi (MYINOVASI) 2016 di Putrajaya. - Foto Samadi Ahmad

PUTRAJAYA: Negara memerlukan masyarakat yang mengamalkan budaya kreatif dan inovatif terutama dalam kalangan pelajar institusi pengajian inggi (IPT), serta memanfaatkannya untuk kepentingan bersama.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching, berkata idea dan inovasi yang dihasilkan itu harus menjurus ke arah membantu serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Selaras itu, katanya, satu aspek penting yang ditekankan dalam sistem pendidikan di negara ini adalah kemahiran berfikir menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Program ini dapat mengetengahkan inovasi pelajar ke peringkat antarabangsa di samping menjadi dorongan untuk mengkomersialkan hasil ciptaan mereka," katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar Institut Pengajian Tinggi (MYINOVASI) 2016, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof Madya Dr Sofian Bujang dan Ketua Pengarah Jabatan Kolej Komuniti, Datuk Amir Mohd Noh.

Program kali ketiga yang dianjurkan setiap dua tahun itu dibuka kepada pelajar IPT, universiti awam, politeknik dan kolej universiti dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 155,600.

Malaysian Spanish Institute, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) cawangan Kulim, Kedah dengan ciptaan mesin menoreh getah muncul sebagai johan peringkat nasional dan menerima hadiah berbentuk geran berjumlah RM50,000.

Berita Harian X