Jumaat, 11 November 2016 | 2:36pm
PRESIDEN MMU, Prof Datuk Dr Ahmad Rafi Mihamed Eshaq menerangkan acara sambutan Ulang Tahun ke-20 MMU, di Cyberjaya, pagi tadi.
PRESIDEN MMU, Prof Datuk Dr Ahmad Rafi Mihamed Eshaq menerangkan acara sambutan Ulang Tahun ke-20 MMU, di Cyberjaya, pagi tadi.

MMU anjur majlis ulang tahun ke 20

CYBERJAYA: Universiti Multimedia (MMU) akan menganjurkan pelbagai aktiviti bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-20 di Dewan Utama, MMU Melaka pada 17 November ini.

Sambutan itu bertujuan meraikan sejarah penubuhan MMU oleh Telekom Malaysia (TM), dua dekad lalu dan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Mohd Khalid Yaakob.

Presidennya, Prof Datuk Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, berkata MMU adalah universiti swasta pertama di negara ini yang ditubuhkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

"Majlis ini untuk memperingati usaha penubuhan MMU sebagai perintis dalam pendidikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), multimedia dan kejuruteraan.

"Penubuhan MMU adalah penting untuk negara kerana berperanan sebagai sebuah universiti bertaraf dunia dengan menawarkan kursus berpaksikan keperluan industri, aktiviti penyelidikan bermutu tinggi, kemudahan makmal altra moden serta canggih dan teknik pengajaran inovatif," katanya ketika ditemui pemberita di MMU Cyberjaya, hari ini.

Majlis sambutan akan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron serta Pengerusi TM dan MMU, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Berita Harian X