Ahad, 11 September 2016 | 4:21pm

RM5,000 seekor lembu korban tak munasabah - Exco

FOTO hiasan. - Foto Muhammad Sulaiman
FOTO hiasan. - Foto Muhammad Sulaiman

JASIN: Kerajaan negeri menerima laporan ada pengusaha dan penternak lembu mengenakan harga tinggi bagi seekor lembu sehingga mencecah RM5,000 bagi tujuan ibadat korban.

EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abd Rahman, berkata harga itu terlalu tinggi hingga menyukarkan umat Islam di negeri itu melaksanakan ibadat korban.

"Letaklah harga munasabah supaya umat Islam dapat melaksanakan urusan ibadat korban tahun ini," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas Aidiladha peringkat negeri dan Pelancaran 'Happy Hour' anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Tapak Pasar Tani Merlimau, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah FAMA negeri, Mohd Nawi Othman.

Hasan berkata, sebanyak 2,000 ekor lembu korban disediakan bagi seluruh negeri ini dan proses penghantaran haiwan ruminan itu ke lokasi ditetapkan masih dilaksanakan.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 505 ekor diperoleh dari negeri lain seperti Perak, Pahang dan Selangor serta Australia," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 22 lokasi membabitkan 467 peniaga pasar tani diwujudkan di seluruh negeri ini"

Berita Harian X