Isnin, 5 September 2016 | 5:22pm

Subjek alam sekitar perlu diajar di semua sekolah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bermesra dengan Johan Pertandingan Melukis Biodiversiti Marin Peingkat Kebangsaan 2016, kategori 6 (Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Rendah), Muhammad Awais Mohd Hazril Munir, 10, (tiga dari kiri) sambil diperhatikan Johan kategori 1, Nik Muhamad Azim Nik Azlan, 19, (kiri), Johan kategori 4 tahap 1, Muhammad Haziq Danish Kamal, 7, (dua dari kanan) dan Johan kategori 5, Nur Izzaty Nazura Mohd Latpi, 18, (kanan) selepas menyampaikan hadiah pertandingan berkenaan di Putrajaya. Turut sama Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Datuk Dr Sukarno Wagiman (tiga dari kanan). - Foto NSTP/Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengesyorkan kepada kerajaan supaya subjek alam sekitar diajar di sekolah bagi memberi pendedahan peringkat awal untuk melindungi khazanah biodiversiti marin negara.

Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kekayaan biodiversiti marin di taman laut adalah khazanah yang bernilai tinggi dan memberi kesan yang besar kepada ekonomi negara terutama dari segi pelancongan.

"Sekiranya tidak dijaga dan dipulihara, ia akan pupus dan pada masa sekarang, ekosistem marin dan alam semula jadi menerima pelbagai ancaman akibat kegiatan manusia," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Biodiversiti Marin Peringkat Kebangsaan 2016, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM), Datuk Dr Sukarno Wagiman dan timbalannya, Ab Rahim Gor Yaman.

Pertandingan melukis bertema Biodiversiti Marin di Terumbu Karang itu diadakan sempena Sambutan Hari Laut Sedunia anjuran JTLM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), antara 1 hingga 10 Jun lalu.

Wan Junaidi berkata, pertandingan itu secara tidak langsung menjadi suatu inisiatif bagi memupuk semangat cintakan biodiversiti marin dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar.

Katanya, bagi melindungi biodiversiti marin negara, kerajaan mewujudkan JTLM bagi mengurus, melindungi dan memulihara khazanah hidupan laut negara.

Berita Harian X