Sabtu, 3 September 2016 | 5:55pm

Halim Shafie terima Ijazah Kehormat Doktor Sains Ilmu Pengetahuan

CANSELOR Univerisiti Multimedia (MMU), Tun Zaki Tun Azmi menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Sains Ilmu Pengetahuan kepada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie (kiri) di Majlis Konvokesyen ke-17 MMU di Cyberjaya. - Foto Samadi Ahmad
CANSELOR Univerisiti Multimedia (MMU), Tun Zaki Tun Azmi menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Sains Ilmu Pengetahuan kepada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie (kiri) di Majlis Konvokesyen ke-17 MMU di Cyberjaya. - Foto Samadi Ahmad

CYBERJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie, menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Ilmu Pengetahuan pada Majlis Konvokesyen ke-17 Universiti Multimedia (MMU), hari ini.

Anugerah itu bagi mengiktiraf sumbangan besar Halim dalam bidang ilmu, khususnya pembangunan teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia yang turut menjana pembangunan sosio-ekonomi negara.

Ijazah disampaikan Canselor MMU, Tun Zaki Tun Azmi, pada sesi pertama konvokesyen selama tiga hari di Dewan Tun Canselor MMU, bermula hari ini.

Halim tidak menyangka menerima anugerah yang dianggapnya penghargaan atas jasanya sepanjang memegang jawatan sebagai ahli lembaga dan Pengerusi di universiti berkenaan.

"Penganugerahan ijazah ini saya anggap antara pencapaian paling besar sepanjang pembabitan dalam perkhidmatan awam," katanya.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor MMU, Tan Sri Muhammad Radzi Mansor; Pengerusi MMU, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dan Presiden MMU, Prof Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq.

Pada majlis konvokesyen itu, seramai 4,477 graduan menerima ijazah membabitkan tiga kampus MMU iaitu di Cyberjaya, Melaka dan Iskandar Puteri, Johor bagi jurusan Seni Sinematik termasuk graduan Kolej Multimedia.

Berita Harian X