Sabtu, 27 Ogos 2016 | 5:01pm

Keluar garis panduan jual alat pengecas mudah alih

Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (tengah) beramah mesra bersama ahli UMNO selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Telok Kemang di Institut Latihan FAMA, Port Dickson. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan

PORT DICKSON: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan garis panduan kepada penjual alat pengecas mudah alih bagi memastikan ia dijual mengikut spesifikasi ditetapkan dan selamat digunakan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata antara lain memastikan alat itu dijual dengan jaminan pelanggan.

Walaupun alat pengecas mudah alih itu mendapat kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), katanya, garis panduan perlu dikeluarkan bagi manfaat penjual dan pembeli.

"Ini bagi memastikan ia dijual mengikut spesifikasi ditetapkan, sekali gus mendapat keyakinan daripada pengguna," katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Teluk Kemang di Institut Latihan FAMA di sini, hari ini.

Hamzah diminta mengulas kejadian alat pengecas mudah alih milik seorang jurukamera yang terbakar dalam beg galas dipegangnya, hingga mencederakan pahanya.

Berita Harian X