Jumaat, 19 Ogos 2016 | 3:50pm
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kanan) dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (dua dari kiri) mengusik pemenang cabutan bertuah, Rosli Ishak (kiri) pada Sambutan Hari Koperasi Negara peringkat Negeri Perak di Kompleks Rakan Muda Larut Matang hari ini. - Foto BERNAMA

Topi keledar kura-kura masih dikaji - Hamzah

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (tengah) menyampaikan Anugerah Koperasi Cemerlang Kategori Sekolah kepada Pengetua MRSM Taiping, Ahmad Sanusi Hashim (kanan) dan wakil pelajar Mohd Afif Mazlan (dua,kanan) pada Sambutan Hari Koperasi Negara peringkat Negeri Perak di Kompleks Rakan Muda Larut Matang hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kiri).Program diadakan sempena program Pemukiman Menteri Besar di Parlimen Larut hari ini.
- Foto BERNAMA

TAIPING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji terhadap topi keledar separuh yang juga dikenali sebagai topi keledar kura-kura sebelum memutuskan sama ada ia boleh dijual atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata kajian itu antara lain akan meilhat sejauh mana topi keledar itu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Standard Malaysia 1996.

Menurutnya pematuhan terhadap standard ditetapkan bagi semua barangan yang ada di pasaran termasuk topi keledar amat penting terutama dalam misi Malaysia mencapai status negara maju empat tahun lagi.

"Kementerian telah mengambil (sampel) topi keledar untuk membuat kajian dengan beberapa kementerian menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi melihat ia boleh digunakan atau tidak.

"Kita tidak mahu nanti mencapai status negara maju, tapi mempunyai barangan berkualiti rendah. Apa yang penting adalah keselamatan dan keselesaan pengguna," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau diminta mengulas cadangan supaya pihak kementerian memberhentikan penjualan topi keledar tersebut kerana ia boleh membahayakan nyawa penumpang motosikal.

Pada Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika membuat saranan itu berkata pihaknya mendapati ramai penunggang motosikal yang gemar membeli topi keledar berkenaan walaupun ia tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan. - BERNAMA

Berita Harian X