Sabtu, 6 Ogos 2016 | 1:45pm
SEBAHAGIAN daripada peserta Larian Jalur Gemilang 2016 sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Tawau. - Foto ihsan Jabatan Penerangan

Lebih 10,000 jayakan Larian Jalur Gemilang 2016

MENTERI Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan melepaskan peserta Larian Jalur Gemilang 2016 di Majlis Perbandaran Tawau. - Foto Ihsan Jabatan Penerangan
MENTERI Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan melepaskan peserta Larian Jalur Gemilang 2016 di Majlis Perbandaran Tawau. - Foto Ihsan Jabatan Penerangan

TAWAU: Larian Jalur Gemilang 2016 mendapat sambutan luar jangkaan apabila ia disertai lebih 10,000 orang yang bermula di pekarangan bangunan Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pagi tadi.

Acara berkenaan diadakan sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang dijadual disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dataran MPT, malam ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, berkata jumlah penyertaan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu masyarakat terhadap program berkenaan sehingga melepasi sasaran awal 5,000 peserta.

Katanya, kehadiran begitu ramai masyarakat Tawau di program berkenaan adalah sebagai cara mereka menunjukkan rasa cinta kepada negara dan tanah air melalui larian.

"Kita amat berbangga dengan sambutan masyarakat Tawau dan saya rasa ini adalah perkara yang sangat unik kerana telah melebihi sasaran awal.

"Gaya hidup sihat ini perlu diterap khususnya dalam kalangan generasi muda agar sentiasa menjadi warga yang cergas, cerdas serta produktif untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan dan kesejahteraan negara," katanya kepada media selepas pelepasan acara larian berkenaan.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr Sharifah Zaharah Syed Ahmad dan Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Lebih 20,000 rakyat Sabah dijangka membanjiri dataran MPT sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, malam ini.

Sempena program itu, pelbagai acara diatur, antaranya 30 gerai pameran oleh agensi kerajaan dan swasta, persembahan artis, bunga api serta kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Berita Harian X