LARUT: Pasar raya diingatkan supaya tidak menjual bungkusan hamper terutama pada musim perayaan, yang mengandungi barang makanan yang telah mencapai tarikh luput.
Mengingatkan demikian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai mengenai sesetengah premis perniagaan melakukan perbuatan demikian.
"Kalau saya lihat barang yang telah mencapai tarikh luput dijual, pihak penguat kuasa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas," kata anggota Parlimen Larut itu selepas Majlis Kenduri Kampung di Kampung Changkat Perah, Batu Kurau dekat sini hari ini. - BERNAMA