Rabu, 18 Mei 2016 | 10:52am

Ancaman kepada Melayu jika BN kalah - Abdul Hamid

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria (kiri) bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad (kanan) semasa melancarkan buku "The Truth Shall Prevail" sambil disaksikan oleh Ketua Pengarang Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Amran Joned (tengah), di Istana Kehakiman pada 13 Mei lalu. - Foto BERNAMA

BANGI: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyifatkan ancaman paling serius kepada orang Melayu dan umat Islam di negara ini jika kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Katanya, sudah tiba masanya parti Melayu Islam terbesar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS serta badan bukan kerajaan (NGO) bersatu bagi mempertahankan hak dan kedudukan orang Melayu dan Islam.

"Suka atau tidak, dalam keadaan sekarang, kita perlu mempertahankan Kerajaan Persekutuan diterajui UMNO daripada tumbang.

"Pada pandangan saya, antara UMNO dan Pas, tidak ada perbezaan ideologi atau prinsip, yang ada hanya alasan yang sengaja diperbesar untuk menunjukkan perbezaan.

"Persoalan penting yang perlu dijawab adakah pemimpin UMNO dan PAS sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk mengelakkan malapetaka lebih besar kepada kesatuan ummah," katanya pada program Multaqa Perpaduan Ummah anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN), di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, sebentar tadi.

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan MDN itu bertujuan mendapatkan kesepakatan dalam kalangan tokoh penting negara dalam usaha menggerakkan perpaduan ummah yang progresif.

Berita Harian X